TEAM Colombia TEAM Turkey TEAM Norway TEAM Malaysia TEAM Mexico TEAM Korea TEAM Italy InterPARES 3 TEAM China TEAM Catalonia TEAM Canada TEAM Brazil TEAM Africa

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PROJEK InterPARES 3

Projek ‘International Research on Permanent Authentic Records in Electronic Systems’ (InterPARES) 3 adalah usaha kerjasama antarabangsa bertujuan melaksanakan penyelidikan mengenai rekod elektronik yang berpusat di University of British Columbia, Kanada. Projek ini dibiayai oleh ‘Canada’s Social Sciences and Humanities Research Council’s Community University Research Alliances’. Melalui geran ini, kumpulan-kumpulan penyelidik dari Kanada telah menghasilkan satu projek penyelidikan InterPARES fasa 3 dengan tema ‘Theoretical Elaborations into Archival Management (TEAM): Implementing the theory of preservation of authentic records in digital system in small and medium-sized archival organisations’. Kumpulan penyelidikan InterPARES 3 ini terdiri daripada:

  • Kumpulan Afrika
  • Kumpulan Brazil
  • Kumpulan Catalonia
  • Kumpulan China
  • Kumpulan Columbia
  • Kumpulan Itali
  • Kumpulan Kanada
  • Kumpulan Korea
  • Kumpulan Malaysia
  • Kumpulan Mexico
  • Kumpulan Norway
  • Kumpulan Turki
  • Projek fasa 3 ini bertujuan untuk menghasilkan pelan tindakan yang kukuh bagi memelihara rekod-rekod elektronik untuk simpanan kekal oleh institusi arkib dan unit-unit arkib/rekod di organisasi-organisasi yang mempunyai sumber-sumber terhad. Tujuan ini akan dicapai dengan menggunakan teori dan kaedah-kaedah pemeliharaan rekod digital yang telah dihasilkan oleh projek InterPARES fasa terdahulu dan penyelidikan-penyelidikan seumpamanya sehingga kini. Di dalam proses perlaksanaan fasa 3 ini, pengetahuan terperinci akan diwujudkan mengenai:

    1. bagaimana teori umum dan kaedah-kaedah pemeliharaan rekod digital boleh dilaksanakan dan menjadi praktis yang efektif di institusi arkib dan unit-unit arkib/rekod bersaiz kecil dan sederhana;
    2. apakah factor-faktor yang menentukan jenis perlaksanaan yang sesuai bagi kumpulan-kumpulan rekod dalam sesuatu konteks;
    3. apakah kemahiran-kemahiran profesional yang diperlukan untuk melaksanakan operasi berkenaan.

    Atas dasar ini, modul-modul pengajaran akan dibangunkan untuk program latihan dalaman, bengkel-bengkel pendidikan berterusan, dan kurikulum akademik yang menyediakan kemahiran kepada para profesional bukan sahaja untuk memelihara warisan dokumentari masyarakat dalam bentuk digital untuk jangka panjang, tetapi juga untuk memastikan akauntabiliti organisasi-organisasi dan institusi-institusi melalui perlindungan ketepatan dan keautentikan maklumat digital yang dihasilkan.

     

    Return to the InterPARES Project Index page.

    Search for Documents  •   Contact Us  •   Sitemap  •   Copyright